Thursday 3 June 2010

kenape mesti busut

zaman aku kecik2 ade la member aku name abbas.. die stat pggil busut2 ni.. maybe dari perkataan bangsat kot.. sbb kan die baek si abbas ni tukar la bangsat jd busut..wakakaka.. agak nye la.. ni sejarah aku maen belasah jer tulis...byk mksd busut ni.. name pggilan boleh.. nk marah org boleh..nk kasi name manja boleh.. pape la jnji busut.. tp tuh la klu gune perkataan busut ni mcm sopan2 gitu kan.. so smpai skrg aku kene cop busut.. sbb perangai aku mcm busut.. busut la!!! wakkakaka.. ni ade cite skit pasal anai dan busut.. aku copy dari blog org.. gile ape aku nk tulis sndr pasal busut.. nnt2 la kot2 aku buat phd aku wat research pasal busut k...wakakaka... bace dan phm2 betol2...

Jurutera Yang Mengagumkan: Anai-Anai

Siapa pun tidak dapat mengelak daripada merasa kagum dengan busut yang dibina oleh anai-anai di atas tanah. Ini kerana busut anai-anai adalah sebuah keajaiban reka bentuk yang dibina setinggi 5-6 meter. Di dalam sarang ini terdapat sistem-sistem yang sofistikated untuk memenuhi keperluan anai-anai yang tidak dapat muncul di bawah pancaran cahaya matahari disebabkan oleh struktur tubuh mereka.

Di dalam busut tersebut, terdapat sistem pengudaraan, terusan, bilik-bilik larva, koridor, perkarangan khas kalis kulat, pintu keluar keselamatan, bilik untuk musim panas dan sejuk; ringkasnya, segala-galanya. Tetapi apa yang lebih memeranjatkan ialah semua anai-anai yang membina busut ini adalah buta. Berdasarkan fakta ini, sekiranya kita membandingkan saiz seekor anai-anai dan busutnya, kita dapat melihat bahawa anai-anai telah berjaya membina satu projek kejuteraan yang 300 kali ganda lebih besar daripada tubuhnya.

Anai-anai mempunyai juga mempunyai satu lagi sifat yang mengagumkan: sekiranya kita pecahkan sebuah busut anai-anai kepada dua bahagian pada peringkat pertama pembinaannya, dan kemudian menyatukannya semula selepas beberapa lama, kita akan mendapati bahawa semua lorong, terusan dan jalan saling bersilang antara satu sama lain. Anai-anai ini menjalankan kerja mereka seolah-olah mereka tidak pernah dipisahkan dan diperintahkan daripada satu tempat - Harun Yahya

Amacam ade kagum?? jgn maen2 ngan busut...wakakak.. yg pling kagum ialah anai2 tuh buta tp boleh buat busut yg lengkap dgn segale mcam..tp slack xde tenet je la...wakakakka..bg aku pon anai2 ni buta.. tp die ade deria antara mereka iaitu hati.. maybe..

' kebanyakan manusia ade mate utk melihat tetapi hati nye buta utk memahami '- API

1 comment: