Friday 24 December 2010

pulang


AKU MAHU PULANG

Sudah jauh kaki ku melangkah
dan semakin jauh juga diriku padaMu
kerana hanya dgn diriku yg lemah
hatiku menjadi hitam dan lesu

Aku manusia yg selalu lupa watak dan perwatakan
hanya mencariMu bila dlm kesusahan
langsung tidak bersyukur pade nikmat yg Kau berikan
malah menambah dosa dan kesengsaraan

tatkala dlm diri penuh nafsu bertuankan syaitan
aku terdengar ayat2 suciMu didendangkan
air mata beku terus bergelinangan
jatuh ke pipi penuh keinsafan

Aku mahu pulang...
pulang dari jln yg gelap ke jln yg penuh cahaya
terimalah diri ini jgn Kau sesekali jauhi
kerana aku sedar diri ini jijik dan keji
perlu bimbinganMu utk bersihkan diri pada jln yg diredhai

Aku mahu pulang...
meninggalkan jln yg pernah ku lalui dulu
memulakan hidup baru walau penuh liku
membuat ibadah sesempurna yg Kau seru
mencari nikmat hidayah yg Kau jnji pada hambaMu

Ya Tuhan...
berikanlah aku sedikit kekuatan hakiki
supaya aku tidak kembali pada jln kau murkai
mana mungkin kaki ini berdiri dgn sendiri
tanpa bantuan dan rahmat dari Ilahi

- MAT PIAN -

"..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 87

*gmbar kat atas diambil kat taman tropika p, pinang.. same ngan entry b4 ni punye gmbar...

1 comment: